Nicki Minaj
Nicki Minaj

Nicki Minaj

Onika Tanya Maraj-Petty (lahir 8 Disember 1982), lebih dikenali sebagai Nicki Minaj (/mɪˈnɑːʒ/), merupakan rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan model Trinidad.[3] Dilahirkan di Saint James dan dibesarkan di Queens di New York City, beliau mendapat pengiktirafan umum setelah melancarkan mixtape Playtime Is Over (2007), Sucka Free (2008), dan Beam Me Up Scotty (2009).Selepas mengikat kontrak dengan Young Money Entertainment pada tahun 2009, Minaj melancarkan album studio pertamanya, Pink Friday (2010), yang berada di nombor satu di US Billboard 200 dan akhirnya menerima pensijilan tiga kali platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).[4] Album studio keduanya, Pink Friday: Roman Reloaded, dikeluarkan pada tahun 2012 dan menduduki nombor satu di beberapa negara. Minaj membuat penampilan sulung filemnya dalam filem animasi 2012 bertajuk Ice Age: Continental Drift. Pada tahun 2013, beliau menjadi juri di musim kedua belas American Idol. Album studio ketiga Minaj, The Pinkprint, dikeluarkan pada tahun 2014. Beliau memenang watak pembantu dalamfilem berjudul The Other Woman (2014) dan Barbershop: The Next Cut (2016). Album studio keempatnya, Queen, dikeluarkan pada tahun 2018.[5][6]Di awal kerjayanya, Minaj dikenali dengan pakaian dan rambut palsu warna-warninya.[7] Rapnya sangat unik dan penggunaan alter ego dan loghat, terutama cockney Inggeris.[8] Minaj merupakan artis wanita pertama yang masuk didaftar tahunan Hottest MC List oleh MTV. Pada tahun 2016, Minaj masuk dalam senarai tahunan Time 100 orang paling berpengaruh di dunia.[9] Sebagai artis utama, beliau mempunyai empat lagu lima-teratas di Billboard Hot 100: "Super Bass" pada tahun 2011, "Starships" pada tahun 2012, dan "Bang Bang" dan "Anaconda", pada tahun 2014. Beliau ialah wanita mempunyai lagu terbanyak yang masuk di carta lagu Billboard Hot 100 sepanjang sejarah carta lagu ini.[10]Sepanjang kerjayanya, Minaj telah menerima beberapa anugerah, termasuk enam Anugerah Muzik Amerika, 11 Anugerah BET, empat Anugerah Muzik Video MTV, empat Anugerah Muzik Billboard, Billboard Women in Music Rising Star Award, dan 10 pencalonan Anugerah Grammy. Minaj telah menjual 20 juta single sebagai artis utama, 60 juta single sebagai artis tampilan, dan lebih dari lima juta album di seluruh dunia, menjadikannya menjadi salah seorang dari artis muzik dengan penjualan terlaris di dunia.[11][12][13]